Apr 29, 2016

Pengalaman ringkas sepanjang kehamilan


Ok.. Coretan ini hanya sebagai memori untuk di baca balik bila anak dah besar nanti.. Or mungkin bila aku tua nanti.. :) Sesuatu yg sukar untuk dilupakan..

Alhamdulillah, rezeki daripada yang Maha Esa. :) Aku dan Mr. Z langsung tak merancang untuk anak pertama ni, berserah segalanya pada yang Esa kerana Dia lebih mengetahui kesediaan kami menjadi "mommy and daddy"..

Kami diijabkabulkan pada 23/05/2015.. Terus duduk bersama mertua sebelum kami pindah ke rumah kami sendiri.. Dan sekembalinya kami dari "honeymoon" di Bali, 2/8/2015, period ku datang lewat 2 hari dari sepatutnya.. Sepanjang di Bali, seleraku menjadi-jadi sehingga gurauan kpd suami  "ntah2 saya makan untuk 2 orang kot.. Haha".. Selepas keterlewatan 2 hari period, datang la period yg ku sangka period.. Tapi pelik, hanya keluar utk 2 hari dan terus stop.. Terus google dan buat pelbagai pembacaan.. Hati terus terdetik membeli UPT (Urine Pregnancy Test).. Membelek aku dgn Mr. Z utk mencari alat UPT yg ok.. Tak terlalu mahal, dan tak terlalu murah.. Last sekali, kami beli jenama guardian yg berharga RM11.90..

Esoknya, pagi-pagi bangun sebelum subuh sebab kejutkan Mr. Z untuk sahur sebab nak puasa, aku? Terus ke toilet untuk rasmikan alat UPT.. (Tips: Your 1st urine in the morning is the best urine to test the pregnancy).. Selesai jer suami bersahur dan masuk bilik, straight away I show him the UPT.. Huhu.. Sesetengah orang perlu tunggu few hours to see the result, but for me, it just pop-up immediately.. Mr. Z so surprised sampai menonggeng atas katil sambil berkata.. "Betul ke nak jadi ayah ni.." Huhu.. Terus kami bersiap2 untuk ke tempat kerja, tapi sebelum tu, kami ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) di Bdr Baru Bangi untuk confirmation sebelum diumumkan kepada kedua2 belah keluarga.. :) and Alhamdulilkah, it's positive. Doc suruh buka buku merah di KKIA yg berdekatan dengan rumah. Lepas tu, nak tukar KKIA berdekatan dengan office pun tiada masalah.

Alhamdulillah berita ini disambut baik oleh kedua-dua family. 1st grandchild for my family, and 2nd grandchild from Mr.Z side. Sepanjang mengandung, tiada sebarang alahan teruk. Just:
1. Muntah ketika berus gigi
2. Selera makan berkurangan (Mr.Z yg byk mengidam dan selera bertambah2)
3. Tidak boleh langsung telan ubat KK ( akan muntah dan badan jadi tak selesa)

Sepanjang mengandung juga, alhamdulillah, HB maintain above 11 (ada turun sekali masa akhr pregnancy, but naik balik), urine ok, minum air gula hanya sekali (sebab umur lebih dr 25) dan berat tak naik terlalu banyak. Total 13kg sehingga sebelum bersalin. :)

Pemakanan? Susu HL, Tamara Cocoa and Hi Goat as source of calcium, fruits as snacking, and the rest, just makan je ikut tekak.. Hehe.. Op kos yg tajam2 atau makanan yg "diharamkan" untuk pregnant lady, aku avoid.. Sayang anak kan? :)

No suppliment taken, just makan VCO D'Aura yg asyik skip je.. Huhu.. So far, I enjoyed my pregnancy journey.. Aku dapat tidur dengan baik (kecuali di few weeks before delivery), tiada masalah kesihatan, baby sihat, dan suprisingly, sangat kurang aku ambil MC.. Sampai my officemate pelik.. Haha.. Syukur Alhamdulillah.. Semua datang dari yang Maha Esa.. :)

Shopping barang baby pun aku dan Mr. Z dah mula membeli seawal kandungan 5 bulan. Setiap bulan beli sikit-sikit so that tak la terasa sgt kan? :) Alhamdulillah, sampai hujung kehamilan, semua dah cukup dan ready packing masuk dalam kereta in case terberanak dalam on the way pergi mana-mana ke..

Scan details 2D, 3D, 4D, HD Live? Of course la aku dan Mr. Z tidak ketinggalan. Kami memilih Sonoworld Centre, Ampang dengan pakej details A-Z.. Hehe.. RM180 shj untuk semua D's yg aku sebut tu.. Sesi aku sahaja hampir 45 minit sebab baby malu nak tunjuk muka dan jantina. Katanya "girl", tapi kami ambik keputusan untuk tidak meletakkan harapan girl or boy.. Kami terima.. Barangan bayi yg dibeli pn, semua unisex.. Hehe.. Yg pasti, drpd gambar yg kami dpt, mukanya seperti Mr.Z.. Aku? Redha je la.. Haha.. This place very very very recommended.. :)

Itu sahaja pengalaman aku serba ringkas sepanjang kehamilanku.. InshaAllah next entry aku akan kongsikan kisah tanda bersalinku dan proses bersalinku.. :)

Ok, Thanks for now!

AA

No comments:

Post a Comment