Oct 3, 2018

Proses menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 (2018)


NAK JADI PTD?

Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. For those lepasan ijazah, master, phD, yg berminat untuk join government, you guys may consider this position. For me, this job is the most difficult job to get in the government. Seriously. Berapa kali dah Alia cuba disebalik kesibukkan kerja dan kekangan masa? Biarlah rahsia. Huhu.
Herewith Alia share Proses Pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 berdasarkan pengalaman Alia sendiri, 2017/2018:
Ini ringkasan proses: 
  • Peperiksaan Online PTD 
Bahagian A : Pengetahuan Am,
Bahagian B : Daya Penyelesaian Masalah
  • Ujian Psikometrik
  • Ujian PAC (PTD Assessment Centre)
  • Temuduga
  • Kursus Latihan Kadet PTD

Tapi the very 1st step, korang perlu mendaftar secara online di laman http://www.spa.gov.my. Ini WAJIB. :)
1.    ONLINE EXAM
Macam mana korang tahu korang dapat duduki peperiksaan online ni? Korang akan dapat email atau melalui link e-semakan yang SPA beri melalui SMS. Online exam Alia haritu dalam September 2017
Apa yg perlu study? Too subjective. Hehe. Pengetahuan Am 5 tahun terkini mungkin menjadi focus. Tips? Make sure internet connection dalam tahap tip top, scientific calculator wajib, also kertas, pen untuk kira2 nanti. The rest? Just try your very level best ok? Keputusan akan diumumkan melalui e-mail, link atau sms. Within few weeks, keluar lah result. :)

2.    UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK)

Lulus jer exam online, korang akan dapat e-mail atau semakan melalui link SPA untuk menjalani UKJK. Alhamdulillah, Alia dpt kt INFRA Bangi jer. Sejengkal dari Office dan rumah parents. huhu Time ni UKJK Alia dalam Januari 2018

Pakaian? 
Pakailah pakaian sukan yang selesa, tutup sempurna, warna gelap dan tidak ketat. Ok?

Ujian 1 – Saringan Kesihatan

Ada nurse yg akan periksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pastikan korang bertenang kerana perasaan NERVOUS akan mempengaruhi bacaan ini. Serius. If terlalu tinggi, anda akan di minta berjumpa dgn doctor, dan diberikan ruang untuk berehat sebentar sebelum bacaan baru diambil nanti

Jadi bertenanglah ya.

Untuk yg pregnant, mengaku shj awal2, sbb takut aktiviti seterusnya nanti akan mengganggu kandungan dan membahayakan kesihatan. Even yg baru lepas beranak pun sama especially czer. Pentingkan kesihatan korang dulu tau! Jangan bahayakan diri..

Ujian 2 – BMI

Korang jangan risau jika terlebih BMI. Anda boleh ‘cover’ dengan sesi penilaian yang lain.

Jadi jangan down ok? Teruskan dan jangan berputus asa. Kalau sempat kurangkan berat badan dalam masa terdekat ini, before UKJK, ianya amat digalakkan. Jangan makan pil kurus tau!! Takut benda negatif lain plak yg datang.

Ujian 3 – Ujian Genggaman Tangan

Ujian ni plak bertujuan untuk periksa static otot tangan kita. Senang jer, korang akan diberikan satu alat yang korang kena genggam sekuat hati, sepenuh jiwa dan raga. So, fikirkan lah sesuatu perkara yang korang geram and genggam sekuat hati. Hihi


Ujian 4 – Ujian Bangun Tubi 1 Minit

Ini Alia paling lemah. But I did it. Haha. Siap praktis kt rumah. Ujian bangun tubi 1 minit untuk uji daya tahan otot perut/abdomen korang. Praktis la dirumah ok. So that, nanti dapatlah point lebih sikit. Nampak senang kan? Tak lah senang mana pun sebab akan di letakkan pita tape, and ada had yang korang kena buat. Tangan kt mana, kaki kat mana..

Ujian 5 – Ujian Duduk Dan Jangkau

Ujian ini untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring. Korang duduk dengan kaki melunjur ke depan dan cuba capai hujung dinding dengan tangan.

Tips: Mohon praktis kat rumah. Alia kena tegur dengan pegawai yg jaga sebab sepatutnya ujian ni boleh dapat full mark kalau praktis kerap kat rumah. Hehe

Tapi untuk yang mmg dah biasa, mmg super kacang la untuk korang.

Ujian 6 – Ujian Larian Ulang Alik 20 meter

Atau nama lainnya, beep/bleep test.

Ianya akan diuji beberapa tahap dengan ketetapan masa yang ditetapkan. Ada beberapa stage. Sila praktis sekali dua paling minimum di rumah.Takkan level 1 kita nak kecundang kan? Hehe. Dia ada sampai 6 atau 7 untuk dapat full mark. For the clear picture, korang pergi youtube and search. Download apps, and try buat sendiri kat rumah. Ujian ni sgt penting tau.

Yang paling penting, just enjoy your day, make new friends and jangan stress tau!

3.    Ujian Psikometrik

Pulang jer dari UKJK, Korang kena buat Ujian ini secara online. Jangka masa adalah 24 jam sahaja. Jadi, jgn la terlepas ye. Jawab sejujurnya. Ok? TIPS: JUJUR 

4.    Program Assessment Centre (PAC)

E-mail korang akan dapat atau semakan melalui link SPA setelah korang lulus UKJK dan dijemput untuk ke peringkat seterusnya. PAC Alia dalam March 2018


Pakaian?
Alia hanya berbaju kurung. Bertudung bawal, dan berkasut tumit 2 inci. Boleh je pakai blazer, skirt/slack, one set black suit. Alia tak pakai sebab tak de. Huhu.. Ada, tapi dark brown. So, cam x sesuai plak. Korang boleh refer jugak cara pemakaian penjawat awam. Google jer.. sure jumpe..

Seawal 7 pagi dah beratur untuk pendaftaran dan ambil no.untuk digantung di leher untuk sepanjang hari. Kita akan dipanggil menggunakan nombor itu. PAC diadakan selama 1 hari dari pagi sehingga ke petang. Berikut adalah ringkasan:

Penulisan Esei 

Dalam BM ke BI? BOTH!! 2 tajuk akan diberikan untuk setiap esei, dan kita perlu pilih 1. (BM 1 esei, BI 1 esei) Masa diberikan hanyalah sejam shj untuk setiap esei. Manage your time wisely ye! And muntahkan segala points yang berlegar2 di kotak pemikiran korang.. J

Pengucapan Awam

Dalam BM ke BI? BOTH!! Huhu. Dan tajuk diberikan on the spot. Kami diarahkan terus ke bilik yang telah ditetapkan. Sempat ke prepare? TAK! Hahaha prepare masa on the way ke bilik yang ditetapkan. Sampai jer bilik, get ready. Nombor dipanggil. 

BM starts 1st, then akan gerak ke bilik seterusnya untuk BI plak. Tajuk yang dapat sangat random. Macam Alia, Alia dapat dulu, BM: Budaya Lepak, BI: Electrical Car. 

Perbincangan Kumpulan

Dalam BM ke BI? BOTH!! Tajuk diberikan on the spot. Kitorang sempat BM jer before Lunch break. BI continue lepas Lunch break. Preparation mmg tak berapa sempat. Tawakal kepada Allah dan do your best! Ok?

Aktiviti Berkumpulan

Ini aktiviti yang terakhir. Time pakaian kena tukar dgn pakaian sukan yang selesa, tutup sempurna, warna gelap dan tidak ketat/menjolok mata. J

Dalam aktiviti ni best. Mcm2 aktiviti lah buat. Buat formation la, susun cawan la, dan byk lagi.

Seharian ni mmg penat dan sedikit tertekan. But it’s ok guys! Just have fun, enjoy along the processes, make new friends, tenang ajeee dan be yourself! :) Ada rezeki inshaAllah, akan lulus PAC dengan cemerlang.

5.    INTERVIEW
ALHAMDULILLAH. THANK YOU ALLAH. Ok guys, E-mail atau semakan melalui link SPA korang akan dapat setelah korang lulus PAC dan dijemput untuk ke peringkat terakhir, iaitu: TEMU DUGA. Mine was May 2018

Apa yang kena prepare, sgt byk. Haha. So, kita buat dan usaha semampu yang mungkin ye. Pagi2, dengar radio BERNAMA, tengok berita dan alert berita terkini J
Pakaian? Pakailah pakaian yang kemas, selesa dan mengikut etika pemakaian kerajaan. Alia pkai Blazer, Skirt Hitam, Kemeja putih, Plain Shawl Maroon simple, and kasut tumit 2 inch beserta stokin. Suit Alia hari tu Alia beli baru, sebab baru semangat sikit.. huhu.. 
Malam sebelum ke temu duga, periksa setiap dokumen yang diperlukan, pastikan di web myresume dilengkapkan sebaiknya, dan pastikan resume anda dalam keadaan ringkas dan padat. (2 muka surat memadai).

If Alia de free time sikit, inshaAllah Alia akan share bagaimana susunan sijil/dokumen/resume yg Alia bawa ketika temu duga :)
Sepanjang temu duga berjalan,akan ada 2 panel. Gemuruh tu mmg tak boleh di sorok, tapi kita usaha jer yg terbaik.
Mine? Wasn’t easy. Haha. Ini antara soalan yg Alia dpt.
1.       Perkenalkan diri
2.       Apa pandangan tentang ekonomi sekarang?
3.       As a banker, apa you nampak tentang ekonomi kita?
4.       Bagaimana cara untuk bayar hutang negara?
5.       Berkaitan FDI - ECRL
6.       Gaji berapa
7.       Kenapa nak jadi PTD sedangkan gaji dah tinggi?
8.       Sanggup di hantar ke Sandakan?
9.       Apa lagi cara untuk golongan muda dan yang baru berkeluarga hendak beli rumah selain bantuan kerajaan?
Dan ada beberapa lagi soalan yang Alia tak berapa nk ingat. Maybe too nervous. Haha. Tips? Tak de spesifik tips, just if tak tahu, jangan buat2 tahu atau memandai reka jawapan sendiri, nanti banyak soalan berantai dari jawapan kita, dan kita akan perangkap diri kita sendiri. 
So guys, just be prepared, stay calm, be confident and be yourself. OK?

RESULT? In my batch, after final interview date (16 Mei 2018), almost 4 months baru result keluar. Yup, result dah keluar 14 September lepas. Alhamdulillah, debaran berakhir. InshaAllah next post I will share about my result ok?
Rezeki dah tertulis. Dapat atau tak, inshaAllah itu yg terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yg kita tak tahu. Kita merancang, Allah juga merancang, dan DIA sebaik2 perancang. 
For those yg BERJAYA, TAHNIAH! Selamat menjadi KADET PTD!
For those yg CALON SIMPANAN, ALL THE BEST!!
 And for those yg TIDAK BERJAYA, inshaAllah masih punya ruang untuk mencuba sekali lagi, berusaha, atau mungkin sahaja ada rezeki yang lebih terbaik menanti.

Peluang tak datang selalu, Rezeki tak pernah salah pintu.

Love, AA

No comments:

Post a Comment