Apr 29, 2016

Pengalaman melahirkan bayi pertama: Episod 1

Pengalaman mengandung adalah pengalaman yang sangat indah untuk semua wanita walaupun dihiasi dengan alahan, kena minum air gula, HB too low or too high, gain so much weight, ada pula yang didatangi few complication. Ya, semua itu perit tapi amat indah bila menyedari ada little caliph di dalam perut yang sihat dan aktif. :)
Aku sendiri rindu saat 38 minggu mengandungkan anak sulungku. :)

Ok, berbalik kepada kes aku. Aku nak share tanda-tanda bersalin aku sebelum aku melahirkan puteri sulungku. :)

Pada 36 weeks 4 days (24/3/2016 - Khamis) telah keluar tanda lendir likat (mukus - mcm gam) berserta darah. Malam tu, aku dan husband panic. Terus wassap 2 orang kawan aku yang bergelar doktor yang memang bertugas di wad bersalin. Mereka cakap, jika tiada sakit kuat, baby gerak cukup 10, aku masih boleh tunggu hingga sakit yang sebenar atau tanda yang lebih besar seperti air ketuban pecah. Husband siap wassap family. Dan akhirnya kami decide untuk tidak ke hospital memandangkan aku langsung tak sakit dan gerakan baby ok.

Pada 36 weeks 6 days (26/3/2016 - Sabtu), aku dan husband sempat lagi ke kenduri dan menonton wayang.. Huhu.. Tapi aku perasan, gerakan anak aku sangat slow dan hanya aktif ketika menonton wayang (maybe sebab bunyi yang kuat). Aku tidak sedap hati. Seusai solat asar, terus ke Hospital Serdang. Tapi kami diarahkan ke Hospital Kajang kerana terlalu penuh. Sesampai je kami di Hospital Kajang, terus dilakukan PAC, cek bukaan, ctg baby, urine dan darah. Suprisingly, bukaan dah 1 cm. Ctg baby ok. Even semua ok dan bukaan baru 1 cm, aku di tahan wad untuk sehari untuk pantau pergerakan bayi.

Luckily aku memang dah siapkan barang-barang untuk ke hospital. Husband hanya perlu bawa masuk barang dan daftarkan wad. Husband pun pulang dan bersendirianlah aku di wad bersama pesakit lain yg sedang menanti waktu kelahiran bayi masing-masing. Agak psycho juga. Ada yg menangis menahan contraction, ada yang merayu untuk czer sebab tak tahan contraction, dan ada yg diinduce tapi masih happy even tengah sakit. Aku harap aku dapat discharge esok.

Esok pagi, doktor cek. Suruh aku tandakan pergerakan baby. If cukup 10, aku boleh discharge. Tiba-tiba, badan aku naik gatal-gatal. Rasa bisa, miang, gatal sume datang serentak terutama di tangan, kaki dan perut. Doctor suruh nurse cucuk jarum dan masukkan ubat sebab takut aku sesak nafas. Alhamdulillah, sampai ke habis waktu melawat, aku tak de sesak nafas dan gerakan baby cukup 10. Sebelum ibu dan ayah mertuaku serta husband nak pulang sebab waktu melawat sudah habis, doktor datang memberitahu aku boleh discharge. Lega sangat. Aku diberikan MC sehari untuk rehat dan perlu segera je hospital jika ada tanda bersalin lain muncul.

Oh, thanks for now! Sambung later ye.

AA

1 comment: