Jan 21, 2019

Persiapan ke DPA 1/2019, Episod 2 : Keperluan WAJIB

Assalamualaikum and Hi.. :)

Alhamdulillah, 2018 telah pun melabuhkan tirainya dan 2019 pula menjelma sebagai permulaan kehidupan yang inshaAllah lebih baik daripada sebelumnya.

Januari 2019, PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) INTAN TAHUN 2019 membuka tirainya.

Banyak persiapan yang perlu dilakukan:

1) Dokumen - Dokumen Penting

Since DPA ini merupakan pre-service training, dan harus lulus cemerlang sebelum mendapat lantikan tetap, semua peserta dia panggil "Kadet PTD" dan dikategorikan sebagai pelajar/peserta dan elaun kami adalah seperti biasiswa daripada kerajaan. 

So, banyak dokumen perlu diisi, perlu pengesahan Gred tertentu dan perlu matikan setem di LHDN. Ada jugak here and there yang tak berapa familiar. Alhamdulillah, sebelum bermula DPA program, kami sudah rapat antara kadet, and buat group whatsapp & telegram as a medium to help each other.

Alhamdulillah, all the documents dapat disempurnakan dengan baik.

2) Barangan untuk Aktiviti Luar

As shown above, dalam  gambar ni, are the necessities thing yang kena prepare. A day after registration, 1st module akan bermula dengan GROUP INTEGRATION yang akan diadakan di luar KL/Selangor. 100% module luar dan dihiasi dgn aktiviti lasak/fizikal. So, 1 bag I've prepared for this module without campur dgn beg-beg lain. So, nanti terus angkut je.

Checklists Module GROUP INTEGRATION: 
a- Beg galas - untuk mudah di bawa. Like mine, Deuter 55 Litres
b- Water Shoes - wajib utk aktiviti air, boleh di beli di Decathlon or Sports Direct
c- Kasut Sukan - bawa 1 extra in case kotor ketika aktiviti, masa balik nanti adalah kasut bersihkan?
d- Baju Tshirt Hitam + Biru Gelap - seperti requirement yang INTAN dah highlightkan ketika taklimat. Just standby 4 baju hitam, 4 baju biru dan 5 seluar. Kat sana memang tak sempat nak basuh. Make sure setiap baju di label dengan sticker yg mcm lencana tu. Seperti di bawah. 


Boleh ditempah di kedai2 sticker. Like mine, tempah di Alamanda. Sangat penting ok, lekat di water shoes, baju2, seluar2, tudung2, cz mostly akan beli ditempat yang sama and ada baju sama. Macam Water shoes mmg semua lebih kurang sama, baju plak kitorg tempah bersama sebelum DPA bermula. Untuk elak tertukar/hilang, sangat penting labelkan barangan kita. 
e- Tudung Sarung - Penyelamat! heheh. kat sana mmg tak de nak iron bagai. so, bawaklah dalam 5 helai. masa pergi tu, pakailah shawl/bawal. and keep that tudung sampai balik. so cun la sikit masa balik tu nanti. hehe
f- Toiletries - Bawa yg travel size je. tak la penuh and berat beg
g- Kain Batik - Penting in case kena mandi dekat kolah. huhu
h- Dan lain2 seperti pakaian solat, ubat-ubatan, note book and pen, plastik untuk pakaina basah etc.

3) Lounge Suit dan Tanda Nama


Pakaian lounge suit adalah WAJIB. Dipakai di hari perhimpunan mingguan dan juga majlis rasmi. As per our batch, dibenarkan memakai seluar. Syarat wajib dalam pemilihan lounge suit:

a- Warna hitam
b- Material untuk seluar dan blazer wajib sama
c- Blazer haruslah kepanjangannya menutupi punggung
d- Blazer dan seluar tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgor. Nice fit gitu.
e- Butang atleast ada 2 untuk blazer.

Strict kan? perlu beli yg menepati piawaian. Spot check akan dilakukan secara berkala. :)

Terpulang nak custom made atau beli siap. As for me, beli readymade di MySuit, di PICC, Putrajaya. Dia ada banyak cawangan seperti di Sg Besi. Maybe korang boleh google. Boleh juga nk custom made kt situ. and disini ada special price for Kadet PTD :)

Tanda nama jangan lupa. Wajib di pakai dipakai pada hari pendaftaran dan hari-hari seterusnya sehingga official nametag from INTAN siap



4) Keperluan lain-lain

Keperluan lain adalah seperti, 

a- Court shoes - WAJIB hitam, tumit tidak melebihi 2 inch, tiada hiasan pada kasut. Plain, no baldu, PVC/ kulit shj. Cari yg selesa. sebab INTAN byk sgt tangga. so sangat perlu yg selesa. Stokin wajib skin socks. Untuk kasut sukan, stokin hitam
b- Pakaian pejabat - Untuk Wanita semestinya baju kebangsaan. Untuk baju kurung, tidak boleh ketat, pendek, terlalu fashionable dan over. 
c- Baju Batik - WAJIB Batik Malaysia. Akan dipakai secara wajib pada hari Khamis.
d- Jubah - Selain baju kurung, jubah dibolehkan pakai untuk ke surau, dewan makan dan any perbincangan selepas waktu kelas disebelah malam. Pakaian selain pakai pejabat dan smart casual adalah tidak boleh untuk ke dewan makan dan surau. Juga pemakaian ketika pelepasan dan pulan ke INTAN
e- Kasut bertutup - Kasut bertutup dibenarkan untuk pakai selain daripada waktu kelas. Tidak boleh selipar, sandal any form of shoes yang tidak bertutup. Wajib bertutup.
f- JEANS sama sekali DIHARAMKAN. hehe
g- dan bawalah keperluan lain mengikut keperluan masing2 seperti toiletries, baldi, alatan solat etc.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian persiapan. Hope it helps tak banyak, sedikit. 

Moga sahabat kalian mendoakan kelancaran dan kemudahan ALIA AQILAH BINTI OTHMAN menjalani program DPA INTAN 2019 serta lulus cemerlang.

Moa Allah permudah setiap langkah kita dan lancarkan setiap satu urusan kita.

Till next post.

AA



Dec 15, 2018

Persiapan ke DPA 1/2019, Episod 1 : Taklimat

Assalamualaikum and Hi..

Moga semua dibawah lindungan Allah. 

Rasanya gonna be a routine to update the journey as a Kadet PTD soon. Jika tiada pembaca, sekurang-kurangnya sebagai kenangan di masa kelak bila dah jadi seorang PTD (Doakan please).. InshaAllah..

"Kenapa kena doakan jadi PTD? bukan dah dapat DPA and jadi Kadet PTD bukan mmg akan CONFIRM jadi PTD ke?"

BIG NO. hihi. Why? because all the Cadets need to pass this 10 months of DPA journey and perlu lulus dengan cemerlang.. :) Pre-requisite to become A PTD. Tiada yg terkecuali. InshaAllah I will do my very best and moga Allah permudah setiap satu langkah. Amin. Amin. Amin.

Ok, let's start with the benda pertama yang we all kena buat after dapat keputusan BERJAYA.

SESI TAKLIMAT BERHUBUNG URUSAN PENGAMBILAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) GRED M41

Yup, taklimat. Atas ni tajuk emel yang semua bakal kadet akan dapat. Akan ada 3 tempat di buat, Semenanjung (di Bukit Kiara), di Sabah dan Sarawak. 

Kitorang rasa sedikit tenang persoalan bila DPA 1/2019 akan bermula terjawab. oh yes, di beritahu dalam emel, iaitu, Januari 2019. So it's easier for us to get ready to resign from our current job. 

Taklimat ni very crucial to attend, unless you have something yang mmg tak dapat dielakkan, boleh la beritahu secara rasmi kepada pihak JPA. Why crucial? sebab, banyak yg akan dibincangkan dan diberitahu tentang DPA 1/2019. Dos, Don'ts, bila medical check up perlu buat, surat awaran bila akan dapat dan sebagainya. Also boleh tanya pelbagai soalan yg penting ketika Q and A...

Bab pakaian juga dititikberatkan. Di emel sudah terang jelas dan bersuluh memberitahu kod 
pemakaian iaitu PAKAIAN PEJABAT. Perempuan, sudah ok berbaju kurung with court shoes dan lelaki sudah ok jika berkemeja, bertali leher. 

For myself, just pakai baju kurung cotton warna emerald green dan shawl peach. huhu. Datang awal seharusnya wajib kerana perlu daftar. 

Seusai taklimat, banyak perkara perlu disediakan dan bersiap sedia. InshaAllah next,next next  post Alia akan share sedikit sebanyak tentang persiapan untuk ke DPA 1/2019.

Moa Allah permudah setiap langkah kita dan lancarkan setiap satu urusan kita.

Till next post.

AA

Nov 25, 2018

TITIK PERMULAAN BARU

Assalamualaikum..

Sangat ambil masa untuk coretan kali ini.. Masih sangat sibuk dengan pekerjaan di pejabat, namun sedikit rasa untuk di kongsi.

Ok. Keputusan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik? ALHAMDULILLAH, BERJAYA.

Syukur kepada yang Maha Esa. Terima kasih kepada semua yg membantu dan mendoakan terutamanya suami yang memberi sokongan yg sgt padu sepanjang perjalanan daripada peperiksaan online hingga ke saat ini. Hanya Allah mampu membalas jasa dan doa kalian. Siapa sangka di usia hampir ke 3 series, masih diberi ruang dan peluang yang tiada siapa sangka berjaya di kala hampir ke ambang putus asa.

Rasa seperti tidak percaya memandangkan proses daripada online exam sampai ke temuduga tidak mudah, dan dipenuhi calon yang sangat hebat. Terasa diri ini terlalu kecil dan kerdil.

Namun, Allah pasti lebih mengetahui. Kan? DIA tidak akan meletakkan sesuatu jika bukan pada tempatnya. Dan sesungguhnya perancangan Allah sentiasa yang terhebat. Have faith:)

Banyak yang perlu diuruskan. All documents, needs, banyak yang perlu dilengkapkan dan disiapkan. I am in midst to settle it. Please doakan urusan Alia Aqilah semuanya mudah dan lancar ok?

There is one thing yang sangat berat untuk dilakukan. " Perletakkan jawatan" untuk pekerjaan sekarang. 5 years and half with RHB bukan lah satu masa yang singkat. My 1st job. My 1st real experience as a worker. Terlalu banyak jatuh bangun, mixed feeling. Bos yang sangat baik, Baik yang korang hard to imagine. haha She's the best! Also colleagues yg amazing. Syukur Ya Allah kerana dipertemukan dengan mereka. But InshaAllah I'll moving for good. Please pray for me guys.

Got things to do... See ya in the next post :)

AA


Oct 6, 2018

Dia, RATU hatiku ❤️

16 September 2018

Kini 21 tahun berlalu....

"Suatu kisah yang sangat dekat di hati aku."

KEMATIANNYA SATU ANUGERAH – KITA BAGAIMANA?

Ini kisah dalam lipatan ingatanku yang aku simpan rapi. Semalaman aku terfikir, sebelum menulis post ini. Mengapa tidak aku kongsikan kisah ini, supaya mendapat sedikit iktibar kepada sahabat2ku bahawa KEMATIAN ITU SATU ANUGERAH.

Ini kisah aku dan insan bidadariku yang dipanggil Illahi pada tanggal 16 September 1997. Tujuh bulan sebelum itu, dia seorang periang, seorang yang sangat berprinsip dan menyayangi aku melebihi dirinya sendiri.

Suatu hari, sekembalinya dari mengajar di SMAP Kajang, dia mengajak aku ke klinik kerana terdpat luka kecil ulser dilidahnya. Walaupun pedih, ulser lidah adalah sesuatu yang normal. Malamnya, setelah mengenakan tudung labuh dan jubah tanpa make-up, sedang aku selesa dgn jean, kami  ke klinik Zul di Kajang, meninggalkan dua anak kecil kami Alia, 7 dan Iffah, 5 tahun. Arif 1 tahun aku bawa bersama. Dialah buah hati isteriku itu kerana masih menyusu badan.

Seperti yang aku jangkakan, isteriku diberi sejumlah ubat selepas pemeriksaan ringkas, lalu kami terus balik. Kesian juga melihat isteriku sukar untuk makan dan minum kerana menahan kepedihan.

Selepas 3 hari, ulser isteriku tidak kebah, malah terdapat tanda-tanda semakin merebak. Dia tidak lalu makan dan menanggung kesakitan. Kami sekali lagi ke klinik yang sama, lalu diberikan ubat lagi. Aku mula melihat perubahan pada isteriku, dia mula kurang bercakap, sekali sekala menahan  kepedihan.

Selepas tidak juga kebah, aku nekad untuk ke PUSRAWI, kebetulan aku ke Kuala Lumpur. Sedikit pelik kerana sebaik sahaja isteriku menunjukkan ulser dilidahnya, doktor tersebut tidak membuat pemeriksaan tetapi terus berkata “Sila buat pemeriksaan segera di HKL”, lalu menyediakan sekeping surat. Rupanya doktor mengesyaki ulser isteriku adalah simpton kanser !

Isteriku kelihatan tenang, kerana kesakitan yang dirasakannya lebih menyiksakan dari berita tersebut. Dia lebih memerlukan rawatan untuk kesakitannya.

Selang beberapa hari, kami ke HKL. Doktor melakukan biopsy untuk diagnosa sel kanser. Mr. Nasir, doctor pakar HKL selepas mendapat keputusan diagnose mengesahkan isteriku mengidap kanser tahap 3. Inilah kata-kata Mr Nasir yang akan aku ingat sampai bila-bila “Othman, just give her a comfort life” yang kemudiannya aku fahami bahawa isteriku telah tercalon sebagai penghuni syurga.

Esoknya, isteriku dimasukkan ke wad HKL, dan doctor mengambil keputusan untuk membuat pembedahan membuang sebahagian lidah isteriku yang mempunyai sel kanser. Namun, isteriku tetap tenang, tidakpun kelihatan gusar. Aku tidak tahu kenapa dia begitu tenang.

Selepas itu beberapa siri biopsy dijalankan dan doctor mendapat sel kanser telah berada hampir diseluruh badannya. Mr Nasir memanggil fenomena sel kanser malignant isteriku sebagai “a sleeping monster”, yang boleh merebak dgn sangat cepat.

Bermulalah HKL menjadi rumah keduaku. Waktu pagi aku uruskan anak-anak aku, Alia ke sekolah, Iffah ke Taski, dan Arif ke rumah pengasuh. Kemudian aku ke UPM mengajar di Pusat Matrikulasi spt biasa, kemudian bergegas ke HUKM pukul 12 hingga 2 pm, hampir setiap hari. Malamnya, dalam pukul 10, aku tinggalkan anak2 aku utk dijaga oleh Alia, 7 tahun, pergi  menemui isteriku di HKL. Hanya air mata sahaja menemai ku bila meninggalkan anak2.

Oleh kerana isteriku berada di wad perempuan, aku hanya menemai sehingga tengah malam, kemudian aku balik atau tertidur dalam kereta. Waktu pagi aku menyiapkan anak2 aku. Hujung minggu barulah aku membawa semuanya ke hospital.

Percayalah, tiada siapa yang tahu hal ini, termasuklah pelajar Matrikulasi aku di UPM dan rakan2 pascasiswazah (aku calon master partime ketika itu). Aku tidak mahu menunjukkan kesedihan kerana itu pesan isteri malah dia sendiri begitu tenang. Dalam kesakitan, masanya diabiskan dengan membaca Al-Quran, dan dikunjungi rakan, memohon maaf....  sambil sekali sekala dia mencoret sesuatu dalam diarinya.

Selepas 7 bulan berlalu, melalui siri-siri chemo…. wajahnya semakin cengkung, langkahnya semakin lemah, matanya semakin kuyu. Dia tidak lagi mesra dengan anak-anak, malah kelihatan menjauhi mereka. Aku kehairanan, namun terima dgn pasrah. Ketika itu HKL sudah membenarkan dia tinggal dirumah, seperti ada sesuatu isyarat untukku. Kedua ibu dan mertuaku pula menemainya  kerumahku.

Suatu pagi, dia minta untuk memakai baju kemejaku. Aku mengiyakan. Tengahari aku balik spt biasa, untuk menemuinya. Dia bersandar ditepi katil, masih memakai baju kemejaku. Sekali sekala dia memandang kesyiling. Aku bertanya “Idah ingat apa?”. Dengan lemah dia menunjuk ke syiling. “Idah ingat Allah ke?”. Dia tenang menganggukkan kepalanya.

Itulah komunikasi terakhir dgn isteriku.

Malam pemergiannya, jenazah dibawa balik ke Rembau. Malam itu aku tidur disebelah isteriku buat kali terakhir hingga suboh. Selepas beberapa hari, aku membuka diary, dan terbaca satu tulisan ringkas  yang membawa maksud “aku tidak mahu melayan anak2ku supaya mereka tidak terasa akan pemergianku nanti”.

Bertuahlah dia sebagai calon syurgawi kerana Allah menarik kudratnya secara perlahan-lahan, memberikan kesakitan supaya dia sempat bertaubat dan memohon keampunan, dengan adik berdik dan sahabat handai. Allah memberinya kesakitan supaya hatinya terikat kuat dgn PenciptaNya. Semua ini terpancar pada wajahnya yang sentiasa tenang hingga akhir hayatnya.

Barulah aku sedar... bertuahlah dia… mendapat satu anugerah .... sebagai calon syurgawi !

Kita bagaimana?

(Insan yg bergelar 'aku' dalam kisah ini adalah ayah dan ya, calon syurgawi itu adalah ibu aku. Alia? Itu diriku.)

Al-Fatihah
Rafidah Hj Maulud
11011964-16091997

AA
yaqilah.ot@gmail.com