Alhamdulillah, 2018 telah pun melabuhkan tirainya dan 2019 pula menjelma sebagai permulaan kehidupan yang inshaAllah lebih baik daripada sebelumnya.
Januari 2019, PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) INTAN TAHUN 2019 membuka tirainya.
Banyak persiapan yang perlu dilakukan:
1) Dokumen - Dokumen Penting
Since DPA ini merupakan pre-service training, dan harus lulus cemerlang sebelum mendapat lantikan tetap, semua peserta dia panggil "Kadet PTD" dan dikategorikan sebagai pelajar/peserta dan elaun kami adalah seperti biasiswa daripada kerajaan.
So, banyak dokumen perlu diisi, perlu pengesahan Gred tertentu dan perlu matikan setem di LHDN. Ada jugak here and there yang tak berapa familiar. Alhamdulillah, sebelum bermula DPA program, kami sudah rapat antara kadet, and buat group whatsapp & telegram as a medium to help each other.
Alhamdulillah, all the documents dapat disempurnakan dengan baik.
2) Barangan untuk Aktiviti Luar
As shown above, dalam gambar ni, are the necessities thing yang kena prepare. A day after registration, 1st module akan bermula dengan GROUP INTEGRATION yang akan diadakan di luar KL/Selangor. 100% module luar dan dihiasi dgn aktiviti lasak/fizikal. So, 1 bag I've prepared for this module without campur dgn beg-beg lain. So, nanti terus angkut je.
Checklists Module GROUP INTEGRATION:
a- Beg galas - untuk mudah di bawa. Like mine, Deuter 55 Litres
b- Water Shoes - wajib utk aktiviti air, boleh di beli di Decathlon or Sports Direct
c- Kasut Sukan - bawa 1 extra in case kotor ketika aktiviti, masa balik nanti adalah kasut bersihkan?
d- Baju Tshirt Hitam + Biru Gelap - seperti requirement yang INTAN dah highlightkan ketika taklimat. Just standby 4 baju hitam, 4 baju biru dan 5 seluar. Kat sana memang tak sempat nak basuh. Make sure setiap baju di label dengan sticker yg mcm lencana tu. Seperti di bawah.
Boleh ditempah di kedai2 sticker. Like mine, tempah di Alamanda. Sangat penting ok, lekat di water shoes, baju2, seluar2, tudung2, cz mostly akan beli ditempat yang sama and ada baju sama. Macam Water shoes mmg semua lebih kurang sama, baju plak kitorg tempah bersama sebelum DPA bermula. Untuk elak tertukar/hilang, sangat penting labelkan barangan kita.
e- Tudung Sarung - Penyelamat! heheh. kat sana mmg tak de nak iron bagai. so, bawaklah dalam 5 helai. masa pergi tu, pakailah shawl/bawal. and keep that tudung sampai balik. so cun la sikit masa balik tu nanti. hehe
f- Toiletries - Bawa yg travel size je. tak la penuh and berat beg
g- Kain Batik - Penting in case kena mandi dekat kolah. huhu
h- Dan lain2 seperti pakaian solat, ubat-ubatan, note book and pen, plastik untuk pakaina basah etc.
3) Lounge Suit dan Tanda Nama
Pakaian lounge suit adalah WAJIB. Dipakai di hari perhimpunan mingguan dan juga majlis rasmi. As per our batch, dibenarkan memakai seluar. Syarat wajib dalam pemilihan lounge suit:
a- Warna hitam
b- Material untuk seluar dan blazer wajib sama
c- Blazer haruslah kepanjangannya menutupi punggung
d- Blazer dan seluar tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgor. Nice fit gitu.
e- Butang atleast ada 2 untuk blazer.
Strict kan? perlu beli yg menepati piawaian. Spot check akan dilakukan secara berkala. :)
Terpulang nak custom made atau beli siap. As for me, beli readymade di MySuit, di PICC, Putrajaya. Dia ada banyak cawangan seperti di Sg Besi. Maybe korang boleh google. Boleh juga nk custom made kt situ. and disini ada special price for Kadet PTD :)
Tanda nama jangan lupa. Wajib di pakai dipakai pada hari pendaftaran dan hari-hari seterusnya sehingga official nametag from INTAN siap
4) Keperluan lain-lain
Keperluan lain adalah seperti,
a- Court shoes - WAJIB hitam, tumit tidak melebihi 2 inch, tiada hiasan pada kasut. Plain, no baldu, PVC/ kulit shj. Cari yg selesa. sebab INTAN byk sgt tangga. so sangat perlu yg selesa. Stokin wajib skin socks. Untuk kasut sukan, stokin hitam
b- Pakaian pejabat - Untuk Wanita semestinya baju kebangsaan. Untuk baju kurung, tidak boleh ketat, pendek, terlalu fashionable dan over.
c- Baju Batik - WAJIB Batik Malaysia. Akan dipakai secara wajib pada hari Khamis.
d- Jubah - Selain baju kurung, jubah dibolehkan pakai untuk ke surau, dewan makan dan any perbincangan selepas waktu kelas disebelah malam. Pakaian selain pakai pejabat dan smart casual adalah tidak boleh untuk ke dewan makan dan surau. Juga pemakaian ketika pelepasan dan pulan ke INTAN
e- Kasut bertutup - Kasut bertutup dibenarkan untuk pakai selain daripada waktu kelas. Tidak boleh selipar, sandal any form of shoes yang tidak bertutup. Wajib bertutup.
f- JEANS sama sekali DIHARAMKAN. hehe
g- dan bawalah keperluan lain mengikut keperluan masing2 seperti toiletries, baldi, alatan solat etc.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian persiapan. Hope it helps tak banyak, sedikit.
Moga sahabat kalian mendoakan kelancaran dan kemudahan ALIA AQILAH BINTI OTHMAN menjalani program DPA INTAN 2019 serta lulus cemerlang.
Moa Allah permudah setiap langkah kita dan lancarkan setiap satu urusan kita.
Till next post.
AA