May 6, 2016

Pengalaman melahirkan bayi pertama: Episod 2


Alhamdulillah, 3/4/2016 : 8.26am lahirlah seorang puteri 2.94kg.

Berikut adalah rentetan pengalaman bersalin yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. :')

24/3/2016 (Khamis)
11pm: keluar mukus (lendir likat mcm gam + darah sikit) then baby terlalu kerap mengeras. Tapi tak sakit, so stay rumah je.

26/3/2016 (Sabtu)
5.00pm: Risau gerakan baby lambat, terus ke hospital. Cek ctg, laluan (baru 1 cm), warded semalam utk pantauan gerakan bayi. Pastu esoknye discharge since takde contraction.

Kemudia terus pergi kerja macam biasa.

3/4/2016 (Genap 38 weeks)
1.30am: Bunyi "pop" kat rumah, sempat lari ke toilet, 2 kali mengalir deras tanpa dapat di kawal.

2.30am: Sampai hospital kajang, buat PAC, cek bukaan sudah 2cm, air ketuban terus mengalir.

3.00am: Warded, contraction mula dirasai, dan menjadi semakin dahsyat dan hebat.

4.00am: Mintak doc Cek laluan sbb dah tak tertahan sakit. Dah buka 4cm - 5 cm. Doc terus suruh standby ke labor room, bagi ubat berak.

5.30am: Ke labor room. Contraction menyerang sehingga tidak tergambar. Hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan itu tara mana. Ctg di buat. Tapi asyik kena marah sbb tak mampu baring lurus. Begging for painkiller, tak de sape layan. Haha. Cek laluan, 6cm. Sedut gas. Tapi, macam tak membantu mengurangkan sakit pun bila sedut gas tu.. Huhu

Around 7am: Sakit makin hebat mmg nak sangat meneran. Nurse cek laluan, 9cm. Nurse bagi teran and doc sampai. Menangis nak suami. Haha. Suami masuk.

Around 8am: Teran ada betul ada salah sbb terlalu sakit. Punggung terangkat. And baby still xleh keluar. Last skali kiwi-vacum sbb ctg baby lemah dah. Fetal distress. Hmmm

8.26am: Finally, Alhamdulillah... Lahirlah seorang puteri selepas bertarung nyawa. Tangisan bayi yg mendamaikan dan melegakan setiap satu kesakitan.

Selepas nurse tanya 'anak puan anak apa ye?' Dgn lemah aku menjawab 'girl'.. Kemudian suami di minta keluar dan baby juga di bawa keluar.

Jahit dalam sejam sbb vacum+terangkat punggung. Banyak jahitan. Hurm.

Selesai jahit, nurse berikan aku milo panas dan kemudian biarkan aku berehat dalam labour room, dan kemudian membawa masuk uri dan baby aku dan minta disusukan. Dalam keadaan lemah, aku suruh nurse sandarkan baby pada aku dan aku susukan dia dalam keadaan lemah.

12.00noon: aku di bawa keluar dari labour room dan terus ke wad. Tapi di berhentikan di kaunter untuk menunggu husband azankan baby kami. Tersenyum lemah aku melihat mereka. Kemudian aku di tolak ke wad, dan husband perlu keluar sbb waktu melawat 12.30pm-7.00pm..

12.30noon: maksu dan parents-in-law sampai. Mereka lah tolong tengokkan baby, bedungkan, and tolong aku pindah dari wad menunggu ke wad wanita yang dah bersalin.

My parents? They still at China. My EDD 17 April.. So they expect sempat la balik before beranak. Malangnya, cucu sulung mereka nak keluar awal. Huhu.


Thanks nurses and docs Hospital Kajang. :)